KOTA BHARU, 10 Februari 2025 – Waris kepada Allahyarhamah Normawati Hashim, seorang guru yang mengajar di SK Kampung Karangan, Kuala Krai hari ini menerima manfaat Khairat Kematian berjumlah RM27,029.44.
Allahyarhamah Normawati, 47, meninggal dunia pada September tahun lalu akibat kegagalan fungsi organ. Sebagai Ahli Skim 18, Allahyarhamah Normawati telah menamakan dua anak lelakinya sebagai waris yang layak menerima manfaat Khairat Kematian tersebut.
Anak lelaki arwah yang hadir, menyatakan rasa terima kasih kepada YGMB atas bantuan yang diberikan. Mereka berharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit beban selepas pemergian ibu tercinta.
Disediakan oleh,
Siti Mariam Nur Ulfah Zulkipli
Eksekutif
Bahagian Sumber Maklumat dan Media
Yayasan Guru Malaysia Berhad