portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

KAKAK TERIMA KHAIRAT KEMATIAN ADIK BERJUMLAH RM8,000

Galeri

LANGKAWI, 22 Februari 2025 – Seorang guru yang berkhidmat di SK Bayas, Langkawi, Khairul Aida Ismail iaitu kakak kepada Allahyarhamah Nurul Hazalia Ismail telah menerima Khairat Kematian adiknya yang telah menjadi Ahli Skim 16 (AS16) hampir 10 tahun.

Allahyarhamah Nurul Hazalia yang masih belum berkahwin meninggal dunia pada usia 41 tahun akibat penyakit radang paru-paru (severe pneumonia in shock) pada November tahun lalu.

Penyerahan manfaat Khairat Kematian ini disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat kepada Khairul Aida pada satu sesi penyerahan manfaat yang diadakan di sini.

Untuk rekod, arwah yang berkhidmat sebagai pensyarah di Politeknik Sultan Abdul Halim, Jitra pernah menerima Insentif Pendidikan bagi Kemasukan Ahli ke IPT sebanyak RM1,000 pada tahun 2023.