Vehnoo Pirieyan a/l V. Subramaniam, 32, telah menjadi Ahli Skim 16 (AS16) hampir tujuh tahun dan tidak pernah membuat sebarang tuntutan dengan yuran terkumpul RM800 itu tidak menyangka bahawa dirinya akan ditimpa musibah kemalangan jalan raya.
Kereta yang dipandu oleh Vehnoo dari arah Taiping menghala ke Bukit Merah telah hilang kawalan menyebabkannya masuk ke laluan bertentangan dan melanggar sebuah lori. Susulan daripada kemalangan yang dialaminya pada pertengahan September tahun lalu itu, dia mengalami kecederaan pada bahagian lutut dan dahi serta mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di Penang.
Vehnoo telah membuat tuntutan manfaat Kemalangan Jalan Raya (Kos Perubatan Hospital Swasta) secara atas talian menerusi laman web rasmi YGMB di www.ygmb.com.my dan telah menerima manfaat berjumlah RM10,000 baru-baru ini.
Vehnoo yang berkhidmat selama lapan tahun sebagai guru kini mengajar mata pelajaran Bahasa Inggeris di SK Permatang Pauh, Pulau Pinang menyatakan proses membuat tuntutan secara atas talian ini amat mudah dan cepat.
Disediakan oleh,
Siti Mariam Nur Ulfah Zulkipli
Eksekutif
Bahagian Sumber Maklumat dan Media
Yayasan Guru Malaysia Berhad
Tarikh: 19/02/2025 (Rabu)