portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

AHLI SKIM EMAS BERSYUKUR TERIMA RM50,000

Galeri

KUANTAN, 24 Februari 2025 – Ti Swee Kian, 48, yang berkhidmat di SJKC Sungai Kawang, Temerloh hari ini menerima manfaat Penyakit Kritikal berjumlah RM50,030.20. Ti Swee Kian yang menjadi Ahli Skim Emas pada tahun 2023 itu amat bersyukur apabila menerima manfaat tersebut yang dapat meringankan bebannya dalam menanggung kos rawatan kanser tiroid yang dihidapinya itu. Dia yang disahkan menghidap penyakit kanser pada Ogos tahun lalu turut menerima manfaat Elaun Hospital.

Penyerahan manfaat tersebut telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Abdul Muie Ngah, Timbalan Pengerusi YGMB yang turut diiringi oleh Saufi Abdul Manaf, Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Dato’ Wan Munadi Wan Mamat, Ketua Pegawai Eksekutif YGMB.

 

Disediakan oleh,

Siti Mariam Nur Ulfah Zulkipli

Eksekutif

Bahagian Sumber Maklumat dan Media

Yayasan Guru Malaysia Berhad