portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

DUA KELUARGA TERIMA MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN

Galeri

MARANG, 30 Julai 2025 – Yayasan Guru Malaysia terus komited dalam menjaga kebajikan ahli dengan menyantuni waris dua orang guru yang telah kembali ke rahmatullah menerusi penyerahan manfaat Khairat Kematian dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan Besar IKBN Wakaf Tapai, Marang, Terengganu.

Anak sulung kepada Allahyarham Zamri Muhammad Nafi, Muhammad Syafiq Haikal Zamri hadir bagi menerima manfaat Khairat Kematian Ahli Skim 16 bapanya yang berjumlah RM8,000.00. Allahyarham telah meninggal dunia pada Jun lalu akibat serangan jantung.

Dalam majlis yang sama, Mohd Saifu Taib menerima manfaat Khairat Kematian sebanyak RM52,021.78 di bawah Ahli Skim Emas sebagai waris kepada isterinya, Allahyarhamah Surina Mohamad, yang telah meninggal dunia pada Mac lalu akibat Kanser Pankreas.

Penyerahan kedua-dua cek cura telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat dalam Program Kecergasan Strategik Peningkatan Profesionalisme Kepimpinan Pentadbiran Negeri Terengganu.