portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

SENTUHAN PRIHATIN YAYASAN GURU MALAYSIA BUAT GURU BESAR SK MAK MANDIN

Galeri

BUTTERWORTH, 9 OKTOBER 2025 – Yayasan Guru Malaysia terus menzahirkan keprihatinan terhadap kebajikan ahlinya melalui penyerahan manfaat Penyakit Kritikal kepada salah seorang Ahli Skim 18, Zul Pakar Isa, 56, Guru Besar SK Mak Mandin, Butterworth, yang telah menerima manfaat berjumlah RM25,026.26 selepas disahkan menghidap kanser usus pada Mei yang lalu.

Penyerahan manfaat tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Malaysia, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat, dalam satu perjumpaan tertutup bersama beliau di sini, hari ini.