SEGAMAT, 11 NOVEMBER 2025 – Guru Sains SK Durian Chondong, Allahyarhamah Dira Hirdayanti Mah Husin, 38, telah meninggal dunia akibat kanser ovari pada Ogos yang lalu.
Allahyarhamah yang merupakan Ahli Skim 16 telah menamakan ibu, Rokiah Ngah serta adiknya, Mohd Rudy Hidayat sebagai waris bagi menerima manfaat Khairat Kematian berjumlah RM8,000. Allahyarhamah turut meninggalkan seorang anak berusia lima tahun yang kini berada di bawah jagaan suaminya.

