JOHOR BAHRU, 13 NOVEMBER 2025 – Guru Bahasa Cina SK Taman Molek, mendiang Leng Mun Thong, 46, telah meninggal dunia pada September lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Sebelum ini sebagai Ahli Skim 16, mendiang pernah membuat tuntutan manfaat Hadiah Perkahwinan serta Elaun Hospital. Isterinya, Wong Lit May, juga merupakan Ahli Skim 16, telah menerima manfaat Khairat Kematian mendiang suaminya berjumlah RM8,000.
Selain itu, Wong Lit May juga telah menerima manfaat Khairat Kematian Pasangan Ahli sebanyak RM1,000 pada Oktober lalu.
Penyerahan cek cura manfaat tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi Yayasan Guru Malaysia, Haji Aminudin Adam dan diiringi Ahli Lembaga, Mohammad Yong Salleh.

