portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

KEPRIHATINAN YGMB RINGANKAN BEBAN GURU PESAKIT KANSER

Galeri

HULU TERENGGANU, 14 DISEMBER 2025 – Yayasan Guru Malaysia telah menyerahkan manfaat Penyakit Kritikal kepada seorang guru Sejarah di SMK Tapu, Kuala Berang, Saadah Haji Shafie, 50, yang disahkan menghidap kanser payudara tahap empat sejak Februari lalu.

Saadah yang merupakan Ahli Skim 18 sejak lima tahun lalu menerima manfaat Penyakit Kritikal berjumlah RM25,039.52. Menurut beliau, wang mafaat tersebut dapat membantu meringankan kos rawatan serta keperluan perubatan beliau serta digunakan bagi menampung kos pendidikan tiga orang anaknya yang kini sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi.