portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

AKP AHLI YGMB TERIMA MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL

Galeri

KUALA TERENGGANU – Manfaat-manfaat keahlian Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) bukan sahaja khusus untuk golongan guru, malah turut memberi pelindungan kepada Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) seperti Pembantu Tadbir.

Terbaharu, YGMB telah menyerahkan manfaat Penyakit Kritikal Ahli Skim 18 kepada Juliana Razak, 47, yang disahkan menghidap kanser payudara sejak April tahun lalu. Beliau yang merupakan Pembantu Tadbir (AKP) di SMKA Durian Guling, Marang menerima manfaat Penyakit Kritikal berjumlah RM25,038.66.

Penyerahan cek cura manfaat tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, Drs Ahmad Yani Muhammad.