portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

GURU PENDIDIKAN ISLAM MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER OTAK, WARIS TERIMA MANFAAT KHAIRAT KEMATIAN RM27 RIBU

Galeri

PUTRAJAYA, 13 JANUARI 2026 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah menyerahkan manfaat Khairat Kematian Ahli Skim 18 berjumlah RM27,040.87 kepada suami Allahyarhamah Ustazah Noraini Zainal, 49, yang meninggal dunia akibat kanser otak tahap empat.

Allahyarhamah mula mengalami masalah kesihatan sejak 2017, dan keadaan kesihatannya semakin merosot sejak Mei tahun lalu apabila beliau dimasukkan ke hospital akibat sakit kepala yang kerap, hilang keseimbangan badan serta masalah daya ingatan. Allahyarhamah kemudiannya menerima rawatan lanjut di Institut Kanser Negara (IKN).

Susulan keadaan kesihatan yang semakin lemah, Allahyarhamah dibawa pulang untuk menerima rawatan di rumah sebelum menghembuskan nafas terakhir di kediamannya pada Ogos tahun lalu. Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak yang berusia antara 9 hingga 25 tahun.

Penyerahan cek cura manfaat tersebut telah disempurnakan oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran SK Putrajaya Presint 8 (2), Mohd Shahnezam Ali Hassan.