KOTA BHARU, 9 FEBRUARI 2026 – Dua anak lelaki kepada Allahyarhamah Meri Mohamed, guru di SK Jelawat, Bachok, menerima manfaat Khairat Kematian Ahli Skim 18 berjumlah RM27,007.34 dalam satu majlis yang diadakan di sini.
Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhir pada November tahun lalu akibat kegagalan organ ketika menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Waris yang menerima manfaat tersebut ialah Mohamed Aiqal Fikri Badrul Hisham dan Mohamed Ainul Firdaus Badrul Hisham. Suami Allahyarhamah, Badrul Hisham, turut hadir mewakili anak-anaknya untuk menerima manfaat berkenaan.
Penyerahan cek cura manfaat Khairat Kematian telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, Drs. Haji Ahmad Yani Muhammad dan Amran Ghani, dalam satu majlis yang berlangsung di SK Kubang Kerian 2.

