portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:00 PETANG

Galeri

CIKGU HELMI BERSYUKUR PEROLEH MANFAAT AS18 SEHINGGA RM29 RIBU

Galeri

TUMPAT, 7 Jun 2022 – Menjadi Ahli Skim 18 (AS18) dalam Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) ternyata satu perkara yang amat disyukuri oleh Cikgu Helmi Yusoff, 59 apabila dirinya dan arwah isteri berulang kali dapat menikmati manfaat yang ditawarkan sehingga mencecah RM29,702.47 dekat sini hari ini.

Guru Besar di Sekolah Kebangsaan (SK) Berangan 1 itu berkata, YGMB bukan sahaja menjaga kebajikannya sebagai guru, malah turut mendatangkan manfaat buat arwah isterinya yang merupakan seorang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) merangkap Ketua Pembantu Tadbir di SK Seri Tumpat 1.

“Saya boleh katakan, kebanyakkan agensi yang menawarkan perkhidmatan seperti ini biasanya memerlukan pelbagai tapisan kesihatan. Namun, ia ternyata berbeza dengan YGMB yang berorientasikan kebajikan apabila pihak mereka secara konsisten menawarkan khidmat buat seluruh warga pendidik tanpa saringan mahupun syarat yang membebankan ahli.

“Kami berdua sama-sama merupakan AS18 dan pernah menikmati pelbagai manfaat YGMB sebelum ini termasuk manfaat Insentif Pendidikan bagi anak yang melanjutkan pengajian ke IPT. Sebenarnya, bukan nilai wang yang kita mahukan sangat, tetapi sekurang-kurangnya ia dapat membantu kita dalam menguruskan ekonomi di saat-saat memerlukan,” katanya.

Bapa kepada tiga orang cahaya mata itu turut mengakui keprihatinan YGMB dalam menjaga kebajikan warga pendidik turut berjaya menarik minat dan komitmen penuh apabila 100% warga sekolahnya mendaftarkan diri sebagai AS18 YGMB sewaktu kunjungan promosi mereka di sekolah itu beberapa tahun dahulu.

“Produk yang YGMB tawarkan amat menarik minat semua staf saya. Malahan, kami turut pernah mendapat sumbangan khas dalam Mesyuarat Agong Tahunan tahun lepas sebagai sagu hati atas komitmen penuh kami terhadap YGMB.

“Yuran berjumlah RM28 setiap bulan itu juga membolehkan kita menikmati sebanyak 18 manfaat seiring dengan nama skimnya iaitu AS18. Malahan, terbaharu pihak YGMB tambah lagi dengan manfaat Rawatan Covid-19 yang mana arwah isteri saya juga pernah menikmatinya sewaktu diuji dengan jangkitan wabak tersebut,” ujarnya.

Terdahulu, Hemli sebagai waris menerima wang Elaun Hospital berserta Khairat Kematian isterinya, Allahyarhamah Khadijah Abdul Rahim, 52 yang masing-masing bernilai RM700 dan RM27,002.47. Dalam pada itu, dia turut menerima tambahan manfaat Khairat Kematian pasangan sebanyak RM2,000 yang disampaikan oleh Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Tumpat, Mohd Suki Haron dekat sini hari ini.

Hadir sama dalam majlis penyerahan tersebut ialah, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB; Amran Ghani dan Drs Ahmad Yani Muhammad serta Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Wan Munadi Wan Mamat.

Allahyarhamah Khadijah meninggal dunia pada 25 April 2022 akibat komplikasi buah pinggang. Dia yang juga Jurulatih Utama Kewangan di sekolahnya meninggalkan suami berserta tiga orang anak iaitu, Nurhanis Helmi; 27, Muhammad Hairul Hakim; 25 dan Hanis Hairina; 22.