portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:00 PETANG

Galeri

CIKGU SUKRI LEGA TERIMA RM10 RIBU, BANTU TAMPUNG KOS RAWATAN KEMALANGAN

Galeri

KUALA NERUS, 23 Jun 2022 – Seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Guntong, Setiu, Sukri Abdul Rahman, 46 berkata, dia tidak sangka akhirnya yuran keahlian sebanyak RM28 yang dibayar setiap bulan itu yang sebenarnya membantu dirinya saat diuji dengan kemalangan jalan raya pada 6 Mei lalu.

“Saya betul-betul lega apabila Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) tampil menghulurkan manfaat Kemalangan Jalan Raya dan Elaun Hospital sebagai Ahli Skim 18 (AS18). Saya boleh katakan keahlian YGMB ini diibaratkan seperti kita menabung kewangan dengan mereka dan ia boleh digunakan saat-saat memerlukan.

“Saya juga bersyukur apabila urusan dengan YGMB ternyata mudah sejak mula mendaftarkan diri sebagai ahlinya dan ternyata ia amat berbeza dengan kebanyakan skim perkhidmatan kewangan yang lain selalunya memerlukan proses tuntutan yang agak rumit dan memakan masa,” ujar guru Pendidikan Islam itu dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Sukri berkata dia tidak sangka kemalangan yang berlaku pada 5 Syawal lalu benar-benar mengubah kehidupan sehariannya apabila pergerakannya kini terbatas dan tidak boleh dilakukan seperti biasa.

“Saya dinasihatkan doktor untuk berehat dalam tempoh tiga bulan ini bagi memudahkan proses pemulihan. Pergelangan tangan saya patah dan terdapat beberapa luka di bahu dan juga lengan saya sehingga menyebabkan saya perlu menjalani pembedahan minor bagi memasukkan besi.

“Buat masa sekarang, semua urusan harian saya dilakukan oleh isteri tercinta. Dia yang selalu mengurus makan minum serta memandu kereta ke mana saya perlu pergi. Mujur, saya masih diberi cuti sakit sehingga Ogos ini. Sedih memang sedih, tetapi saya perlu terus kuat untuk kembali pulih,” tegasnya.

Terdahulu, bapa kepada empat orang anak itu menerima wang Manfaat Kemalangan Jalan Raya dan Elaun Hospital bernilai RM10,225.00 yang disampaikan sendiri oleh Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Nerus, Hamid Yahya dekat sini hari ini.

Hadir sama ialah Ahli Pemegang Amanah YGMB, Zainuddin Muda dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat.