portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:00 PETANG

Galeri

JERAYAWARA BEDAH DELIMA BANTU GURU-GURU HADAPI CABARAN PDPC

Galeri

KULAI, 7 April 2021 – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor bersama -sama dengan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) terus memainkan peranan mereka dalam membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru mengharungi cabaran PdPc menerusi Program Jerayawara Bedah DELIMa Pendidikan Digital dengan kerjasama empat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri ini.

Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran JPN Johor, Asha’ari Omar berkata, Jerayawara Bedah DELIMa bertujuan memperkasakan pendidikan digital di negeri tersebut selain membudayakan penggunaan teknologi ICT sekaligus memberi pendedahan kepada guru untuk bersedia dengan alternatif lain sekiranya PdPR berulang kembali.

“Menerusi Bedah DELIMa ini, kita ingin membantu membedah ruangan gerbang portal DELIMa yang terdiri daripada 9 kluster dan aplikasi-aplikasi di dalamnya. Pelbagai perkara boleh dimanfaatkan para guru dan murid-murid menerusi aplikasi ini seperti microsoft, google meet dan video pembelajaran yang hanya terus boleh diakses menerusi satu laman ini.

“Saya boleh katakan DELIMa ini sangat holistik dan penggunaannya secara menyeluruh amat membantu para guru dalam menghadapi cabaran PdPc hari ini. Malah, kita turut menyediakan modul untuk mereka pulang dan praktis semula serta membolehkan mereka menyebarluaskan berkenaan penggunaan gerbang portal ini di sekolah masing-masing,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi YGMB, Tuan Haji Aminudin Adam menyatakan hasratnya untuk terus menjadi pendokong kepada program-program meningkatkan profesionalisme guru-guru selaras dengan matlamat penubuhan YGMB.

“Pihak YGMB akan sentiasa memberi sokongan penuh dalam memastikan guru-guru terus berkaliber dalam usaha mendidik anak bangsa di masa pandemik serta dunia yang semakin mencabar seperti hari ini.

“Segala kemungkinan perlu kita fikirkan memandangkan negara masih belum pulih dari pandemik yang melanda dunia. Selain memikirkan faktor keselamatan murid-murid, kita tetap perlu memastikan mereka tidak ketinggalan dalam aspek pendidikan. Oleh itu, Program Jerayawara Bedah DELIMa ini dianggap antara inisiatif terbaik yang kita ada buat masa ini,” tegasnya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kulai; Zainal Buang dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB; Mohammad Yong Salleh.

Menerusi jerayawara itu, JPN Johor dan YGMB bertemu dengan seramai seribu orang guru di empat PPD bermula dari 4 April di PPD Segamat, 5 April di PPD Mersing, 6 April di PPD Kota Tinggi dan penutupnya bersama PPD Kulai di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini hari ini.KULAI, 7 April 2021 – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor bersama -sama dengan Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) terus memainkan peranan mereka dalam membantu meningkatkan tahap profesionalisme guru-guru mengharungi cabaran PdPc menerusi Program Jerayawara Bedah DELIMa Pendidikan Digital dengan kerjasama empat Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri ini.

Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran JPN Johor, Asha’ari Omar berkata, Jerayawara Bedah DELIMa bertujuan memperkasakan pendidikan digital di negeri tersebut selain membudayakan penggunaan teknologi ICT sekaligus memberi pendedahan kepada guru untuk bersedia dengan alternatif lain sekiranya PdPR berulang kembali.

“Menerusi Bedah DELIMa ini, kita ingin membantu membedah ruangan gerbang portal DELIMa yang terdiri daripada 9 kluster dan aplikasi-aplikasi di dalamnya. Pelbagai perkara boleh dimanfaatkan para guru dan murid-murid menerusi aplikasi ini seperti microsoft, google meet dan video pembelajaran yang hanya terus boleh diakses menerusi satu laman ini.

“Saya boleh katakan DELIMa ini sangat holistik dan penggunaannya secara menyeluruh amat membantu para guru dalam menghadapi cabaran PdPc hari ini. Malah, kita turut menyediakan modul untuk mereka pulang dan praktis semula serta membolehkan mereka menyebarluaskan berkenaan penggunaan gerbang portal ini di sekolah masing-masing,” jelasnya.

Dalam pada itu, Pengerusi YGMB, Tuan Haji Aminudin Adam menyatakan hasratnya untuk terus menjadi pendokong kepada program-program meningkatkan profesionalisme guru-guru selaras dengan matlamat penubuhan YGMB.

“Pihak YGMB akan sentiasa memberi sokongan penuh dalam memastikan guru-guru terus berkaliber dalam usaha mendidik anak bangsa di masa pandemik serta dunia yang semakin mencabar seperti hari ini.

“Segala kemungkinan perlu kita fikirkan memandangkan negara masih belum pulih dari pandemik yang melanda dunia. Selain memikirkan faktor keselamatan murid-murid, kita tetap perlu memastikan mereka tidak ketinggalan dalam aspek pendidikan. Oleh itu, Program Jerayawara Bedah DELIMa ini dianggap antara inisiatif terbaik yang kita ada buat masa ini,” tegasnya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kulai; Zainal Buang dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB; Mohammad Yong Salleh.

Menerusi jerayawara itu, JPN Johor dan YGMB bertemu dengan seramai seribu orang guru di empat PPD bermula dari 4 April di PPD Segamat, 5 April di PPD Mersing, 6 April di PPD Kota Tinggi dan penutupnya bersama PPD Kulai di IOI Palm Villa Golf & Country Resort di sini hari ini.