portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

HADIAH PERSARAAN AHLI SEUMUR HIDUP

Galeri

Baru-baru ini, Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah menyerahkan manfaat Hadiah Persaraan Ahli Seumur Hidup (ASH) yang bernilai RM200 kepada mantan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, Cikgu Abd Aziz Selaiman, 61 yang telah bersara pada 24 Sep 2020 serta isterinya, Cikgu Hathijah Ghazali, 58 yang juga merupakan ahli skim sama.

Sebelum ini, mereka turut pernah menerima manfaat Insentif Pendidikan bernilai RM300 pada tahun 2014.

Hadiah Persaraan merupakan salah satu manfaat baharu yang diperkenalkan sejak 2013 sebagai tanda penghargaan kepada ASH sebagai pelopor kepada penubuhan YGMB pada tahun 1994.

Pada waktu itu, hanya empat manfaat kebajikan disediakan termasuklah Khairat Kematian, Insentif Pendidikan, Bencana dan Rawatan Hopital. Namun, tambahan manfaat iaitu Hadiah Persaraan ini membolehkan ASH menikmati manfaat kebajikan setelah menamatkan perkhidmatan.
Sebanyak lebih RM2.4 juta telah disalurkan kepada lebih 12 ribu ASH yang menerima manfaat Hadiah Persaraan ini sejak tahun 2013 hingga 2020. Sementara itu, sejumlah RM15.3 juta nilai sumbangan kebajikan yang melibatkan semua manfaat telah disalurkan kepada ASH sejak tahun 1996 hingga 2020.

Kini, sejak berlakunya Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia, YGMB sekali lagi tampil dengan penambahan satu manfaat baharu iaitu manfaat Positif Covid-19 yang boleh dituntut oleh ASH yang didapati positif wabak tersebut sehingga RM300. Secara keseluruhannya, terdapat enam manfaat boleh dinikmati oleh ASH ketika ini.