portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

BALU SEORANG GURU SYUKUR TERIMA SUMBANGAN LEBIH RM27,000 DARI YGMB

Galeri

KUALA LUMPUR – “Terima kasih Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) yang memberikan sumbangan kepada keluarga kami, sekurang-kurangnya bantuan ini dapat meringankan beban saya membesarkan dua anak yang masih bersekolah,” kata Suraiya Mohd Noor.

Suraiya Mohd Noor, 46, yang merupakan isteri kepada ahli YGMB, Allahyarham Zaharude Ismail, 51, telah menerima sumbangan Khairat Kematian berjumlah RM27,016.60.

“Allahyarham suami yang merupakan seorang pendidik di SK Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab pada 19 Mei lalu akibat jangkitan kuman.

“Saya sangat beryukur atas sumbangan yang diberikan oleh pihak YGMB sedikit sebanyak dapat meringankan beban kami sekeluarga.

“Sumbangan ini akan digunakan sebaiknya untuk masa depan kedua-dua orang anak saya yang berusia 13 dan 15 tahun,” katanya ketika dihubungi Malaysia Tribune.

Menurut Suraiya, keluarganya mendapat manfaat itu hasil daripada caruman Allahyarham sebagai Ahli Skim 18 (AS18) di YGMB.

“Sumbangan ini juga bukan hanya untuk membantu dalam pendidikan anak-anak sumbangan ini juga akan disimpan dan akan digunakan untuk kecemasan nanti,” tambahnya lagi.

Selain itu, Suraiya turut menerima bantuan khairat kematian pasangan daripada YGMB berjumlah RM2,000.

Pada masa yang sama, YGMB juga memberikan sumbangan Penyakit Kritikal berjumlah RM25,111.83 kepada Nik Asri Ahmad, 52, yang disahkan menghidap penyakit leukimia pada Jun tahun lalu.

Kedua-dua sumbangan itu disampaikan oleh Pengarah Pendidikan Kelantan, Mohd Zamri Abdul Aziz dengan diiringi Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat.