portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:00 PETANG

Galeri

YGMB SERAH DUA KHAIRAT KEMATIAN KEPADA WARIS AHLI SKIM 16

Galeri

MARAN, 8 Januari 2024 – Pada hari ini YGMB telah menyampaikan Khairat Kematian kepada Guru Besar SK Jengka 2, Nik Mohd Romdzan Mohamad yang kematian isterinya pada September tahun lalu.

Isterinya, Allahyarhamah Ustazah Radziah Umar adalah merupakan Ahli Skim 16 sejak sembilan tahun lalu meninggal dunia dengan meninggalkan empat orang anak akibat kanser payudara tahap empat.

Allahyarhamah yang merupakan guru Pendidikan Islam dan berkhidmat selama 25 tahun di SK Jengka 14, Maran telah mula mengambil cuti panjang sejak Mac tahun lalu kerana keadaan kesihatannya yang kian merosot.

Nik Mohd Romdzan menerima wang manfaat Khairat Kematian isterinya sebanyak RM8,000 dan sebagai Ahli Skim Emas, beliau juga menerima Khairat Kematian Pasangan sebanyak RM2,000.

Dalam pada itu, seorang lagi waris iaitu suami kepada Mendiang Rajes Kanni Arumugam yang mengajar di SJK (T) Ladang Karmen menerima Khairat Kematian isterinya berjumlah RM8,000.

Mendiang yang berusia 40 tahun meninggal dunia dengan meninggalkan tiga orang anak yang masih kecil akibat serangan jantung pada Oktober tahun lalu.

Kedua-dua waris yang ditemui semasa penyerahan Khairat Kematian pasangan mereka pada majlis penyerahan di SK Jengka 2 hari ini meluahkan rasa penghargaan kepada YGMB kerana mempermudahkan segala urusan tuntutan serta berasa amat bersyukur atas pemberian Khairat Kematian ini yang sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan harian anak-anak mereka yang masih bersekolah.