portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

GURU HIDAP KANSER, MENINGGAL AKIBAT SERANGAN JANTUNG DI JOHOR TERIMA RM25,000 DAN RM8,000

Galeri

BATU PAHAT, 20 November 2023 – Meskipun disahkan menghidap Kanser Kolorektum namun itu tidak menjadi alasan buat seorang guru untuk terus berbakti kepada negara dalam mendidik anak-anak bangsa menjadi insan yang berguna.

Gobinath A/L Arumugam, 31, mengajar di SJKT Ladang Sungai Muar, Johor disahkan menghidap kanser usus pada Jun lalu telah menerima manfaat Penyakit Kritikal Ahli Skim 18 sebanyak RM25,054.36.

“Pada mulanya, saya ingat hanya buasir namun saya disahkan sebagai pesakit kanser setelah menjalani prosedur koloskopi di sebuah hospital swasta.”

Beliau yang telah menjalani pembedahan dan kini dalam rawatan kimoterapi itu berasa amat bersyukur kerana urusan tuntutan manfaat dengan pihak YGMB adalah mudah dan cepat.

Tambahnya, wang manfaat yang diterima ini juga akan digunakan untuk membayar semula wang yang dipinjam daripada saudara-mara dan rakannya.

“Wang manfaat yang saya terima daripada YGMB ini akan digunakan untuk membayar semula wang yang dipinjamkan oleh saudara mara dan rakan untuk saya menjalani pembedahan di hospital swasta sebelum ini.”

“Kepekaan dan keprihatinan yang berterusan kepada kami warga pendidik di Johor oleh pihak YGMB amat saya hargai.”

Dalam majlis sama juga Khairat Kematian Ahli Skim 16 berjumlah RM8,000 telah disampaikan kepada Tee Han Shyong, suami kepada Mendiang Low Hui Jo yang mengajar di SJKC Chee Ming 2, Tangkak.

“Pemergian isteri secara mengejut ini memberi kesan yang sangat besar kepada saya dan anak kami yang baru berusia 9 tahun.”

Beliau yang sebak menceritakan berkenaan isterinya itu juga memaklumkan hanya mengetahui berkenaan wang manfaat ini beberapa hari selepas mendiang meninggal dunia.

“Terima kasih kepada YGMB, wang ini akan saya gunakan untuk melangsaikan baki beberapa pinjaman isteri saya.”

Mendiang yang merupakan guru bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris itu meninggal dunia pada 29 Ogos lalu akibat serangan jantung.