YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD (YGMB) ditubuhkan sejak 1994 dan telah menjadi sejarah dalam pendidikan negara sebagai payung utama kepada warga pendidik dalam usaha untuk memastikan kebajikan para pendidik sentiasa terbela dalam apa jua bentuk bantuan dan sokongan yang diperlukan di samping membantu memartabatkan profesion keguruan dalam melahirkan modal insan berkualiti.
YGMB bertindak menyumbang idea, menyusun strategi dan mengatur tindakan untuk membantu Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperhebatkan lagi peranan guru-guru sekaligus melestarikan bidang pendidikan negara agar lebih mapan dalam mendidik anak bangsa.
Sebagai sebuah badan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan guru di seluruh negara, YGMB sentiasa mengangkat slogan “Daripada Guru Untuk Guru” sebagai falsafah perjuangan. Slogan yang diangkat ini bukan satu retorik namun ia terbukti dengan pencapaian menerusi pelbagai manfaat kebajikan yang disediakan serta pelaksanaan program yang dijalankan di seluruh negara.