Ahli Skim Platinum (ASP) merupakan skim keahlian terbaharu yang ditawarkan kepada warga pendidik dan juga lebih 100,000 Ahli YGMB sedia ada yang berhasrat untuk mendapatkan manfaat yang lebih baik. ASP diperkenalkan dengan manfaat yang ditambah baik antaranya senarai Penyakit Kritikal sedia ada di tambah kepada 51 jenis penyakit, Bantuan Anak Istimewa dan Keguguran serta Perkhidmatan Ambulans.
ASP merupakan pelan perlindungan yang komprehensif terhadap kematian, keilatan menyeluruh dan kekal, penyakit kritikal, perubatan dan banyak lagi dengan nilai maksimum sehingga RM132,000. Skim ini memberi jaminan perlindungan dengan lebih menyeluruh dan wajar untuk direbut oleh warga pendidik kerana nilai manfaatnya ditambah baik berbanding skim-skim sedia ada.
Skim keahlian ini juga merupakan tanda penghargaan dan terima kasih kepada warga pendidik yang sentiasa menyokong usaha-usaha yang dilakukan YGMB dalam memelihara kebajikan guru-guru yang bernaung di bawah YGMB. Dengan yuran keahlian sebanyak RM79 sebulan membolehkan ahli menikmati sebanyak 21 manfaat dengan nilai perlindungan lebih berganda berbanding skim yang lain tertakluk kepada terma dan syarat.
Ahli Skim Platinum ini terbuka kepada warga pendidikan yang berumur 54 tahun ke bawah. Skim ini juga terbuka kepada Ahli Seumur Hidup (ASH), Ahli Skim 16 (AS16), Ahli Skim 18 (AS18) dan juga Ahli Skim Emas (ASE) yang berminat untuk menukar kategori keahlian mereka mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Tempoh maksimum keahlian ASP adalah sehingga mencapai umur 60 tahun sahaja. Setelah tamat tempoh ini, potongan yuran bulanan melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) akan diberhentikan. Bagi ahli yang bersara awal sebelum mencapai umur 60 tahun, keahlian akan tamat secara automatik mengikut tarikh persaraan ahli berkenaan.
SKIM KEAHLIAN YGMB
AHLI SKIM PLATINUM
RM 79.00/bulan
MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SKIM PLATINUM
BIL | MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SKIM PLATINUM (RM79 SEBULAN) |
NILAI (RM)
|
1 | KHAIRAT KEMATIAN | |
** Biasa | 67,000.00 | |
** Kemalangan | 132,000.00 | |
2 | KHAIRAT KEMATIAN – PASANGAN AHLI | 2,000.00 |
3 | KHAIRAT KEMATIAN – ANAK AHLI (Maksima 3 orang berumur 23 tahun ke bawah) | 1,000.00 |
4 | KEILATAN KEKAL MENYELURUH (KEMALANGAN) | 130,000.00 |
5 | KEILATAN KEKAL MENYELURUH (BIASA) | 65,000.00 |
6 | KEILATAN KEKAL SEPARA (KEMALANGAN) | Sehingga 130,000.00 |
7 | PENYAKIT KRITIKAL | 60,000.00 |
8 | ELAUN HOSPITAL (Kemasukan ke hospital maksima 120 hari setahun) | 25/hari |
9 | RAGUT | Sehingga 1,000.00 |
10 | KEMALANGAN JALAN RAYA | |
** Kos Perubatan Hospital | Sehingga 10,000.00 | |
** Kos Perubatan Klinik | Sehingga 5,000.00 | |
** Kos Perkhidmatan Ambulans | Sehingga 1,000.00 | |
** Kos Peralatan Sokongan | Sehingga 500.00 | |
11 | INSENTIF PENDIDIKAN – AHLI | 1,000.00 |
12 | INSENTIF PENDIDIKAN – ANAK AHLI | 500.00 |
13 | BENCANA (Banjir/Kebakaran/Ribut) | Sehingga 500.00 |
14 | SAGUHATI MENGERJAKAN HAJI | 500.00 |
15 | HADIAH PERSARAAN | 500.00 |
16 | HADIAH KELAHIRAN ANAK | 300.00 |
17 | HADIAH PERKAHWINAN | 300.00 |
18 | KOS BANTUAN GUAMAN | Sehingga 30,000.00 |
19 | RAWATAN COVID-19 | Sehingga 300.00 |
18 | BANTUAN ANAK ISTIMEWA | 500.00 |
21 | KEGUGURAN | |
** Kemalangan Jalan Raya | 1,000.00 | |
** Kemalangan Biasa | 500.00 |
*Tertakluk kepada terma dan syarat semasa