Ahli Skim Platinum (ASP) merupakan skim keahlian terbaharu yang ditawarkan kepada warga pendidik dan juga lebih 100,000 Ahli YGMB sedia ada yang berhasrat untuk mendapatkan manfaat yang lebih baik. Antara manfaat yang ditambahbaik menerusi skim ini adalah senarai Penyakit Kritikal sedia ada di tambah kepada 51 jenis penyakit, Bantuan Anak Istimewa dan Keguguran serta Perkhidmatan Ambulans.

ASP diperkenalkan sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada warga pendidik yang sentiasa menyokong usaha-usaha yang dilakukan YGMB dalam memelihara kebajikan guru-guru yang bernaung di bawah YGMB.

Skim keahlian ini merupakan pelan perlindungan secara menyeluruh yang komprehensif terhadap kematian, keilatan menyeluruh dan kekal, penyakit kritikal, perubatan dan banyak lagi dengan nilai maksimum sehingga mencecah RM132,000.00 menerusi 21 manfaat yang tersedia dengan yuran sebanyak RM79.00 sebulan.

ASP terbuka kepada warga pendidik yang berumur 54 tahun ke bawah dan juga ahli sedia ada bagi Ahli Seumur Hidup (ASH), Ahli Skim 16 (AS16), Ahli Skim 18 (AS18) serta Ahli Skim Emas (ASE) juga berpeluang untuk menikmati manfaat ASP dengan menukar kategori keahlian sedia ada kepada skim keahlian ini berdasarkan terma dan syarat.

Tempoh maksimum keahlian ASP adalah sehingga mencapai umur 60 tahun sahaja. Setelah tamat tempoh ini, potongan yuran bulanan melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) akan diberhentikan. Bagi ahli yang bersara awal sebelum mencapai umur 60 tahun, keahlian akan tamat secara automatik mengikut tarikh persaraan ahli berkenaan.

SKIM KEAHLIAN YGMB

AHLI SKIM PLATINUM

RM 79.00/bulan

MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SKIM PLATINUM

BIL MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SKIM PLATINUM (RM79 SEBULAN)
NILAI (RM)
1 KHAIRAT KEMATIAN  
  ** Biasa 67,000.00
  ** Kemalangan 132,000.00
2 KHAIRAT KEMATIAN – PASANGAN AHLI 2,000.00
3 KHAIRAT KEMATIAN – ANAK AHLI (Maksima 3 orang berumur 23 tahun ke bawah) 1,000.00
4 KEILATAN KEKAL MENYELURUH (KEMALANGAN) 130,000.00
5 KEILATAN KEKAL MENYELURUH (BIASA) 65,000.00
6 KEILATAN KEKAL SEPARA (KEMALANGAN) Sehingga 130,000.00
7 PENYAKIT KRITIKAL 60,000.00
8 ELAUN HOSPITAL (Kemasukan ke hospital maksima 120 hari setahun) 25/hari
9 RAGUT Sehingga 1,000.00
10 KEMALANGAN JALAN RAYA  
  ** Kos Perubatan Hospital Sehingga 10,000.00
  ** Kos Perubatan Klinik Sehingga 5,000.00
  ** Kos Perkhidmatan Ambulans Sehingga 1,000.00
  ** Kos Peralatan Sokongan Sehingga 500.00
11 INSENTIF PENDIDIKAN – AHLI 1,000.00
12 INSENTIF PENDIDIKAN – ANAK AHLI 500.00
13 BENCANA (Banjir/Kebakaran/Ribut) Sehingga 500.00
14 SAGUHATI MENGERJAKAN HAJI 500.00
15 HADIAH PERSARAAN 500.00
16 HADIAH KELAHIRAN ANAK 300.00
17 HADIAH PERKAHWINAN 300.00
18 KOS BANTUAN GUAMAN Sehingga 30,000.00
19 RAWATAN COVID-19 Sehingga 300.00
18 BANTUAN ANAK ISTIMEWA 500.00
21 KEGUGURAN
  ** Kemalangan Jalan Raya 1,000.00
  ** Kemalangan Biasa  500.00

*Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

SKIM AHLI YGMB

Klik pada mana-mana icon untuk mengetahui dengan lebih lanjut

  • industry_other
    AHLI SKIM PLATINUM

    Manfaat yang ditambah baik kepada 51 jenis penyakit, Bantuan Anak Istimewa dan Keguguran serta Perkhidmatan Ambulans.

  • industry_travel
    AHLI SKIM EMAS

    Skim keahlian yang menjaga kebajikan setiap warga pendidik meskipun telah melepasi usia persaraan untuk menikmati manfaat yang ditawarkan sepanjang hayat perlindungan sehingga umur 79.

  • industry_life_healthcare
    AHLI SKIM 18

    Ahli Skim 18 yang menawarkan sebanyak 19 manfaat kebajikan dengan bayaran yuran RM28 sebulan telah dilancarkan pada 1 Julai 2018.

  • industry-tech
    AHLI SKIM 16

    Ahli Skim 16 dengan bayaran yuran RM10 sebulan yang menawarkan sebanyak 17 manfaat kebajikan telah dilancarkan pada tahun 2012.

  • industry-tech
    AHLI SEUMUR HIDUP

    Ahli Seumur Hidup (ASH) telah diperkenalkan pada awal penubuhan YGMB dalam tahun 1994.