Ahli Seumur Hidup (ASH) merupakan skim keahlian terawal yang diperkenalkan oleh YGMB pada 1994 dengan penyediaan empat manfaat kebajikan.

Dalam usaha menghargai pelopor penubuhan YGMB, satu lagi manfaat tambahan telah diperkenalkan pada tahun 2013 iaitu Hadiah Persaraan untuk dinikmati oleh semua ahli yang telah bersara.

Berikutan gelombang Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak 2020, YGMB menambah satu lagi manfaat baharu iaitu Rawatan Covid-19 yang boleh dituntut bermula Jun 2020. Oleh itu, keseluruhan bilangan manfaat yang boleh dituntut oleh ASH adalah sebanyak enam manfaat kebajikan.

Dalam memenuhi keperluan semasa warga pendidik, ASH dibenarkan untuk menukar kategori keahlian kepada Ahli Skim 18 (AS18) atau Ahli Skim Emas (ASE) mengikut terma dan syarat yang ditetapkan.

SKIM KEAHLIAN YGMB

AHLI SEUMUR HIDUP

MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SEUMUR HIDUP

BIL MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SEUMUR HIDUP
NILAI (RM)
1 Khairat Kematian RM 500.00
2 Insentif Pendidikan RM 300.00
3 Bencana (Banjir/Kebakaran/Ribut) Sehingga RM 500.00
4 Rawatan Hospital Sehingga RM 500.00
5 Hadiah Persaraan RM 200.00
6 Rawatan Covid-19 Sehingga RM 300.00

*Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

SKIM KEAHLIAN YGMB

  • industry_finance
    AHLI SKIM EMAS

    Skim Emas diperkenalkan pada tahun 2021 dengan perlindungan baharu untuk guru dengan manfaat terbaik.

  • industry_travel
    AHLI SKIM 18

    Ahli Skim 18 yang menawarkan sebanyak 19 manfaat kebajikan dengan bayaran yuran RM28 sebulan telah dilancarkan pada 1 Julai 2018.

  • industry_life_healthcare
    AHLI SKIM 16

    Ahli Skim 16 dengan bayaran yuran RM10 sebulan yang menawarkan sebanyak 17 manfaat kebajikan telah dilancarkan pada tahun 2012.

  • industry-tech
    AHLI SEUMUR HIDUP

    Skim Ahli Seumur Hidup (ASH) telah diperkenalkan pada awal penubuhan YGMB dalam tahun 1994.