Ahli Skim Emas (ASE) mula diperkenalkan pada 2021 sebagai tanda penghargaan kepada warga pendidik di atas sokongan terhadap aktiviti dan peranan YGMB dalam memelihara kebajikan warga pendidik di samping membantu memartabatkan profesion keguruan negara.

ASE adalah merupakan cerminan YGMB dalam menjaga kebajikan setiap warga pendidik meskipun telah melepasi usia persaraan untuk menikmati manfaat yang ditawarkan sepanjang hayat perlindungan sehingga umur 79 tahun tanpa perlu mengambil kira rekod atau laporan pemeriksaan kesihatan.

Melalui ASE, ahli dapat menikmati sebanyak 11 manfaat dengan nilai perlindungan yang berganda berbanding skim-skim lain sebelum ini.

Bagi mereka yang masih menjadi Ahli Seumur Hidup (ASH), Ahli Skim 16 (AS16) atau Ahli Skim 18 (AS18) juga dibenarkan untuk menukar kepada ASE mengikut terma dan syarat keahlian yang ditetapkan.

SKIM KEAHLIAN YGMB

AHLI SKIM EMAS

RM 35.00/bulan

MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SKIM EMAS

BIL MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SKIM EMAS ( RM 35 SEBULAN)
NILAI (RM)
1 KHAIRAT KEMATIAN Had umur sehingga 79 tahun   
  ** Biasa 52,000.00
  ** Kemalangan 102,000.00
2 KHAIRAT KEMATIAN – PASANGAN AHLI Had umur sehingga 79 tahun 2,000.00
3 KHAIRAT KEMATIAN – ANAK AHLI Maksima 3 orang berumur 17 tahun 1,000.00
4 KEILATAN KEKAL MENYELURUH (BIASA) Had umur sehingga 64 tahun  50,000.00
5 KEILATAN KEKAL MENYELURUH (KEMALANGAN) Had umur sehingga 64 tahun  100,000.00
6 KEILATAN KEKAL SEPARA (KEMALANGAN) Had umur sehingga 64 tahun  Sehingga 50,000.00
7 ELAUN HOSPITAL (Kemasukan ke hospital maksima 365 hari @ RM 50.00/hari) Had umur sehingga 64 tahun   50.00/hari
8 PENYAKIT KRITIKAL Had umur sehingga 69 tahun 50,000.00
9 HADIAH PERSARAAN 300.00
10 KOS BANTUAN GUAMAN  Sehingga 30,000.00 
11 RAWATAN COVID-19  Sehingga 300.00 

*Tertakluk kepada terma dan syarat semasa

SKIM KEAHLIAN YGMB

  • industry_finance
    AHLI SKIM EMAS

    Skim Emas diperkenalkan pada tahun 2021 dengan perlindungan baharu untuk guru dengan manfaat terbaik.

  • industry_travel
    AHLI SKIM 18

    Ahli Skim 18 yang menawarkan sebanyak 19 manfaat kebajikan dengan bayaran yuran RM28 sebulan telah dilancarkan pada 1 Julai 2018.

  • industry_life_healthcare
    AHLI SKIM 16

    Ahli Skim 16 dengan bayaran yuran RM10 sebulan yang menawarkan sebanyak 17 manfaat kebajikan telah dilancarkan pada tahun 2012.

  • industry-tech
    AHLI SEUMUR HIDUP

    Skim Ahli Seumur Hidup (ASH) telah diperkenalkan pada awal penubuhan YGMB dalam tahun 1994.