Ahli Skim 18 (AS18) yang dilancarkan pada 1 Julai 2018 menawarkan sebanyak 18 manfaat kebajikan dengan bayaran yuran RM28 sebulan. Produk ini merupakan skim perlindungan dan kebajikan yang komprehensif bagi memenuhi keperluan semasa guru-guru termasuk kakitangan sokongan Kementerian Pendidikan di seluruh negara.
Tempoh maksimum keahlian AS18 adalah sehingga mencapai umur 60 tahun sahaja. Setelah tamat tempoh ini, potongan yuran bulanan melalui Sistem Potongan Gaji ANGKASA (SPGA) akan diberhentikan. Bagi ahli yang bersara awal sebelum mencapai umur 60 tahun, keahlian akan tamat secara automatik mengikut tarikh persaraan ahli berkenaan. Sebarang permohonan untuk meneruskan keahlian AS18 selepas bersara adalah tidak diterima.
Berikutan Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh negara pada awal tahun 2020, YGMB telah menambah satu lagi manfaat baharu iaitu Rawatan Covid-19 yang boleh dituntut berkuatkuasa mulai Jun 2020. Ini menjadikan bilangan manfaat yang boleh dituntut oleh AS18 adalah 19 manfaat kebajikan kesemuanya berbanding hanya 18 semasa skim ini diperkenalkan.
SKIM KEAHLIAN YGMB
AHLI SKIM 18
RM 28.00/bulan
MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SKIM 18
BIL | MANFAAT KEBAJIKAN AHLI SKIM 18 ( RM 28 SEBULAN) |
NILAI (RM)
|
1 | KHAIRAT KEMATIAN | |
** Biasa | 27,000.00 | |
** Kemalangan | 52,000.00 | |
2 | KHAIRAT KEMATIAN – PASANGAN AHLI | 2,000.00 |
3 | KHAIRAT KEMATIAN – ANAK AHLI (Maksima 3 orang berumur 18 tahun ke bawah) | 1,000.00 |
4 | KEILATAN KEKAL MENYELURUH (BIASA) | 25,000.00 |
5 | KEILATAN KEKAL MENYELURUH (KEMALANGAN) | 50,000.00 |
6 | KEILATAN KEKAL SEPARA (KEMALANGAN) | Sehingga 25,000.00 |
7 | ELAUN HOSPITAL (Kemasukan ke hospital maksima 365 hari @ RM 25.00/hari) | Sehingga 25.00/hari |
8 | PENYAKIT KRITIKAL | 25,000.00 |
9 | RAGUT | Sehingga 1,000.00 |
10 | KEMALANGAN JALAN RAYA | |
** Kos Perubatan Hospital | Sehingga 10,000.00 | |
** Kos Perubatan Klinik | Sehingga 5,000.00 | |
** Kos Peralatan Sokongan | Sehingga 500.00 | |
11 | INSENTIF PENDIDIKAN – AHLI | 1,000.00 |
12 | INSENTIF PENDIDIKAN – ANAK AHLI | 500.00 |
13 | BENCANA (Banjir/Kebakaran/Ribut) | Sehingga 500.00 |
14 | SAGUHATI MENGERJAKAN HAJI | 500.00 |
15 | HADIAH PERSARAAN | 500.00 |
16 | HADIAH KELAHIRAN ANAK | 300.00 |
17 | HADIAH PERKAHWINAN | 300.00 |
18 | KOS BANTUAN GUAMAN | Sehingga 30,000.00 |
19 | RAWATAN COVID-19 | Sehingga 300.00 |
*Tertakluk kepada terma dan syarat semasa
*Tuntutan bagi Manfaat 1 hingga 8 perlu dibuat dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh kejadian
*Tuntutan bagi Manfaat 9 hingga 19 perlu dibuat dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh kejadian