BERA – Disahkan menghidap kegagalan buah pinggang di usia yang muda, seorang Juruteknik Komputer di PPD Bera, Pahang tetap bersemangat meskipun aktiviti hariannya semakin terbatas.
Norhazfizi Azim, 35, akur dan reda dengan penyakit yang dihidapinya kerana harus menjalani rawatan dialisis setiap minggu.
“Saya berharap isteri dan tiga anak kami dapat membiasakan diri dengan norma kehidupan kami yang baharu apabila tidak banyak lagi masa yang dapat diluangkan bersama lebih-lebih lagi pergerakan kami semakin terbatas kerana saya perlu menjalani rawatan dialisis sebanyak tiga kali seminggu.”
Tambahnya, beliau akan menjalani rawatan pertama yang dipanggil sebagai Arterio-Venous Fistula (AVF) bagi persediaan beliau untuk menjalani rawatan hemodialisis.
Norhazfizi yang merupakan Ahli Skim 18 sejak 2019 itu baru-baru ini menerima wang manfaat Penyakit Kritikal sebanyak RM25,016.84 bercadang untuk menjadikan manfaat yang diterima itu sebagai simpanan dan persediaan sekiranya rawatan AVF gagal dan memerlukan rawatan lanjut di hospital swasta.
Dalam pada itu, Norhazfizi berkata beliau kini bergantung sepenuhnya dengan manfaat yang tersedia di bawah YGMB.
“Saya tiada sebarang polisi perlindungan insurans yang lain dan memang bergantung sepenuhnya dengan manfaat di bawah Skim Keahlian YGMB.”
“Saya harap ramai yang masuk YGMB dan macam sekarang YGMB turut menawarkan Ahli Skim Emas dengan pelbagai lagi kelebihan yang bagus tersedia untuk dimanfaatkan.”
Beliau berkata demikian dalam satu majlis penyerahan wang manfaat berkenaan yang diadakan di PPD Bera.