portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

LIMA ANAK HILANG IBU TERCINTA

Galeri

KUALA TERENGGANU, 12 FEBRUARI 2026 – Seorang guru Bahasa Arab dan Pendidikan Islam SK Kompleks Gong Badak, Allahyarhamah Syazwani Nasuha Ismail, 38, meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pemergian Allahyarhamah amat dirasai oleh suami tercinta, Mohd Faiz Awang, serta lima orang anak mereka yang masih kecil dan bersekolah, berusia antara 2 hingga 12 tahun.

Allahyarhamah telah menamakan ibunya, Fatimah Ngah, dan suami, Mohd Faiz Awang, sebagai waris bagi menerima manfaat Khairat Kematian Ahli Skim 16 berjumlah RM8,000.00.

Penyerahan cek cura manfaat tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi YGMB, Dato’ Haji Abdul Muie Ngah dalam satu majlis yang diadakan di SMK Dato’ Razali Ismail.