KOTA BHARU – Itu ucapan terakhir Allahyarhamah Rozaidah Mail kepada satu-satunya anak perempuan beliau sebelum menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tumpat pada Oktober tahun lalu.
Anaknya, Nur Safiyyah Saifuddin, 21, dengan nada sebak menceritakan bahawa ibunya telah sakit hampir setahun namun tidak menyangka bahawa beliau menghidap jangkitan kuman yang kritikal.
“Ibu dah sakit dalam tempoh setahun sebelum ibu dimasukkan ke hospital pada September tahun lalu dan doktor memaklumkan kepada saya bahawa ibu menghidap severe pneumoniae.”
Arwah telah mendaftar sebagai Ahli Skim Emas sejak Februari 2022 dan memberi pesanan kepada anaknya untuk membuat tuntutan dengan YGMB sekiranya berlaku apa-apa kepada dirinya.
“Ibu ada bagitahu saya untuk buat tuntutan sekiranya terjadi apa-apa kepadanya. Kalaulah ibu ada lagi, saya nak sangat bagitahu pada ibu yang saya sayang ibu sangat-sangat. Kakak nak ucap terima kasih dekat ibu sebab ibu besarkan kakak seorang diri sejak ayah meninggal.”
Tambah Safiyyah, mereka hanya tinggal berdua semenjak arwah ayahnya meninggal dunia pada 2015.
Dengan duit manfaat ini juga katanya, beliau akan mendirikan batu nisan dan akan membuat Badal Haji buat arwah ibunya.
Safiyyah ditemui ketika menerima manfaat Khairat Kematian Ahli Skim Emas ibunya sebanyak RM52,012.60 pada satu majlis yang diadakan di SMK Puteri Kota Bharu.