KUALA TERENGGANU, 16 JUN 2025 – Allahyarham Hasan Basri Jaafar, 63, merupakan bekas Pegawai SSIC+ di PPD Besut, Terengganu yang telah kembali ke rahmatullah akibat kanser paru-paru. Allahyarham telah menjadi Ahli Skim Emas sejak tahun 2022 dan turut menerima manfaat Hadiah Persaraan pada tahun yang sama. Waris Allahyarham adalah anak sulungnya Muhammad Zaim, telah menerima manfaat Khairat Kematian berjumlah RM52,033.40.
Penyerahan manfaat telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Guru Malaysia, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat sambil diiringi Timbalan Pengarah Sektor Perancangan Dan Pengurusan PPD, JPN Terengganu, Encik Kamsah @ Kamal Mohamed serta Pengerusi Persatuan Guru Besar Malaysia Terengganu, Marzilaini Muhamad.