portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

INI HADIAH ABANG UNTUK SAYANG

Galeri

Kesedihan seorang suri rumah yang mempunyai tiga anak berusia antara empat hingga 11 tahun kerana kehilangan tonggak utama keluarga sedikit terubat apabila menerima sumbangan manfaat Khairat Kematian RM8,000 daripada YGMB.

Nor Amizah Mat Nor, 39, menerima manfaat itu selepas suaminya Allahyarham Uzaizuddin Ozmin, 41, meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang.

Sepanjang menjadi Ahli Skim 16 sejak lebih lapan tahun lalu, arwah yang bertugas sebagai Penolong Pegawai Unit Sumber & Teknologi Pendidikan di PPD Machang telah menyumbang yuran bulanan sebanyak RM1,040 sahaja.

Manfaat telah disampaikan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, Drs. Ahmad Yani Muhammad dalam Kursus Pengurusan Guru Penasihat Badan Pengawas Sekolah & Kelab Pencegahan Jenayah Peringkat Negeri Kelantan di SK Bukit Jawa 2, Kota Bharu Kelantan baru-baru ini.