portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

YURAN KECIL TETAPI MANFAATNYA BESAR

Galeri

Kegigihan seorang Pegawai Tadbir PPD Kemaman membayar yuran bulanan serendah RM28 untuk Skim 18 YGMB ternyata berbaloi apabila warisnya menerima manfaat Khairat Kematian lebih RM27,000 baru-baru ini.

Allahyarham Azahari Haji Ahmad, 55, meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru dan betis kiri pada 2 Januari 2025.

Sepanjang bersama YGMB, yuran terkumpul yang telah dibuat oleh Allahyarham ialah sebanyak RM1,242. Allahyarham menamakan isterinya, Roslizawati sebagai waris utama.

Sebelum meninggal dunia, arwah pernah mengemukakan dua tuntuan manfaat Elaun Hospital pada tahun lalu.

Sumbangan diserahkan kepada anak Allahyarham, Amiruddin Faisal, 25, sempena Program Pemantapan Profesionalisme & Peningkatan Kemahiran Pengurusan Prasekolah JPN Terengganu di SMK Rantau Petronas, Kerteh pada 30 April 2025.