MARAN, 17 JUN 2025 – Allahyarham Abd Rahim Jamari, 60, telah meninggal dunia akibat penyakit kanser usus. Anak sulung Allahyarham, Abdul Rafiuddin sebagai waris telah menerima manfaat Khairat Kematian Ahli Skim Emas itu berjumlah RM52,027.10
Penyerahan manfaat tersebut telah disempurnakan di SMK Maran 2 oleh Penolong Kanan Pentadbiran sekolah berkenaan, Rodziah Awang. Majlis ringkas tetapi penuh makna itu turut dihadiri warga sekolah sebagai tanda penghargaan dan penghormatan terakhir atas jasa Allahyarham.