portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

KANSER RAGUT NYAWA, YAYASAN GURU MALAYSIA SERAH MANFAAT KHAIRAT KEPADA DUA WARIS

Galeri

MELAKA, 26 JUN 2025 – Mohamad Nor Jaafar, 56, merupakan suami kepada Allahyarhamah Faridah Shukor yang meninggal dunia akibat kanser otak pada Mac lalu telah menerima manfaat Khairat Kematian isterinya sebanyak RM8,000 dan sebagai Ahli Skim Emas, beliau turut menerima manfaat Khairat Kematian Pasangan berjumlah RM2,000.

Sebagai rekod, Allahyarhamah Faridah juga pernah menerima Elaun Hospital sebanyak RM1,100 ketika mendapatkan rawatan akibat penyakit kanser tersebut.

Dalam majlis yang sama, Yayasan Guru Malaysia turut menyerahkan manfaat Khairat Kematian sebanyak RM8,000.00 kepada Mohamad Husin Sungib, suami kepada Allahyarhamah Hasnah Khanan, yang meninggal dunia pada usia 47 tahun akibat kanser payudara. Allahyarhamah merupakan seorang guru Bahasa Melayu yang berkhidmat di SMK Bukit Gambir.

Penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat sambil diiringi oleh Ketua PPD Melaka Tengah, Yusri Seman.