portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

YGMB SANTUNI WARIS PESARA GURU DENGAN MANFAAT RM52,000

Galeri

KOTA KINABALU, 17 JULAI 2025 – Allahyarham Mahamad Shukri Said, 64 tahun, pesara guru dari SM Sains Labuan, Sabah telah kembali ke rahmatullah pada Mac yang lalu akibat penyakit kanser hati.

Allahyarham merupakan antara ahli terawal Ahli Skim Emas Yayasan Guru Malaysia sejak skim ini diperkenalkan pada 2021. Sebagai Ahli Skim Emas, beliau layak menerima pelbagai manfaat kebajikan termasuk Khairat Kematian.

Isteri Allahyarham, Anidah Mohd Suit yang dinamakan sebagai waris telah menerima manfaat tersebut berjumlah RM52,065.14. Majlis penyerahan manfaat telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Lintas Platinum Sabah, Kota Kinabalu.