portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

DUA GURU TERIMA MANFAAT PENYAKIT KRITIKAL LEBIH RM75,000

Galeri

KUALA TERENGGANU, 26 JULAI 2025 – Dua orang ahli Yayasan Guru Malaysia menerima manfaat Penyakit Kritikal dalam satu majlis penyerahan yang diadakan di SK Sultan Sulaiman 2, Kuala Terengganu sempena Majlis Perasmian Penutup Wacana Guru Muda Terengganu.

Marlina Mohamed, 47, guru Sains di SMK Bukit Besar, telah disahkan menghidap kanser payudara pada Julai 2024. Beliau mengemukakan permohonan manfaat di bawah kategori Ahli Skim Emas pada April lalu dan menerima jumlah keseluruhan sebanyak RM50,051.49.

Manfaat kedua disampaikan kepada Rohafidah Abu, 44, Guru Bimbingan dan Kaunseling di SMK Paka, yang menghidap kanser usus tahap 2 sejak 2023. Sebagai Ahli Skim 18, beliau menerima manfaat Penyakit Kritikal berjumlah RM25,187.25.

Cek cura telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi YGMB, Dato’ Haji Abdul Muie Ngah. Kedua-dua penerima menzahirkan rasa syukur atas keprihatinan YGMB dalam menjaga kebajikan mereka.