portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

YURAN RM10, MANFAAT RM8,000: WARIS GURU PPKI TERIMA KHAIRAT KEMATIAN YGMB

Galeri

PULAU PINANG, 4 OGOS 2025 – Pemergian seorang guru yang penuh dedikasi dalam mendidik anak-anak istimewa amat dirasai. Allahyarhamah Rosehaniza Mohd Rawi, 40, guru Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) di SK Bukit Gambir, Gelugor telah meninggal dunia akibat komplikasi semasa melahirkan anak bongsunya.

YGMB kekal teguh dalam misinya untuk membela kebajikan para pendidik dan keluarga mereka walaupun baru tujuh bulan menjadi Ahli Skim 16 YGMB. Allahyarhamah baru sahaja membuat pembayaran dengan jumlah yuran terkumpul sebanyak RM80 sahaja, namun waris Allahyarhamah iaitu anak sulungnya yang berusia 11 tahun sebagai waris utama dan anak keduanya yang berusia 9 tahun sebagai waris kedua telah menerima manfaat Khairat Kematian ibunya yang berjumlah RM8,000.

Cek cura telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Unit Pembangunan Sahsiah Murid BPSH KPM, Mohd Harith Mohd Rahim @ Mohd Noor.