portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

TIDAK HANYA GURU, PEMBANTU PENGURUSAN MURID JUGA TERBELA DI BAWAH SKIM KEAHLIAN YGMB

Galeri

KOTA BHARU, 6 Ogos 2025 – Yayasan Guru Malaysia terus menunjukkan komitmen dalam menyantuni bukan sahaja guru, tetapi juga warga sokongan sekolah yang menjadi tulang belakang sistem pendidikan negara.

Terbaharu, Allahyarhamah Alfizaini Mat Ali, 46, seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) yang bertugas di SMK Kota, Jalan Salor, telah meninggal dunia pada 2 Julai lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru. Allahyarhamah merupakan Ahli Skim 16 YGMB dan telah menamakan suaminya sebagai waris utama bagi menerima manfaat Khairat Kematian berjumlah RM8,000.

Dalam majlis yang sama, manfaat Khairat Kematian Ahli Skim 16 berjumlah RM8,000 turut disampaikan kepada Zawari Ishak, waris kepada Allahyarhamah Suhaini Che Hamzah, seorang guru Pendidikan Islam yang telah meninggal dunia pada Mei lalu akibat Kanser Payudara. Allahyarhamah meninggalkan dua orang anak yang masih bersekolah, masing-masing berusia 16 dan 7 tahun.

Penyerahan kedua-dua cek cura tersebut telah disempurnakan oleh Pengerusi YGMB, Haji Aminudin Adam dalam Program Advokasi Salah Laku Buli dan Seksual KPM Tahun 2025 dengan kerjasama YGMB, bertempat di Dewan Sri Tunjong, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.