portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

YAYASAN GURU MALAYSIA HULUR MANFAAT BUAT KELUARGA ALLAHYARHAMAH MASITA

Galeri

BATU PAHAT, 3 Oktober 2025 – Yayasan Guru Malaysia telah menyampaikan manfaat Khairat Kematian berjumlah RM8,000 kepada waris Allahyarhamah Masita Paiman, 47, guru Pendidikan Seni Visual di SMK Semerah yang meninggal dunia pada Februari lalu akibat kanser payudara yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Allahyarhamah yang merupakan Ahli Skim 16 telah menamakan suaminya, Ahmad Arsad Abdul Rahim, sebagai penerima manfaat. Beliau meninggalkan seorang anak tunggal berusia 23 tahun bersama suaminya.

Ahmad Arsad menzahirkan rasa syukur atas manfaat yang diterima walaupun jumlahnya tidak sebesar skim lain, namun sekurang-kurangnya dapat membantu menampung perbelanjaan harian serta anak tunggalnya yang baru sahaja tamat pengajian di Universiti Islam Selangor (UIS).