KUALA LUMPUR, 25 Oktober 2025 – Pengetua SMK Bandar Damai Perdana, Maimun Wook, yang menghidap penyakit kritikal kanser endometrial sejak Februari lalu, meluahkan rasa syukur apabila menerima manfaat Penyakit Kritikal berjumlah RM50,108.41 daripada Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di bawah Ahli Skim Emas.
Beliau berkata, wang manfaat yang diterima sedikit sebanyak dapat menampung kos rawatan yang perlu dijalani dari semasa ke semasa.
Penyerahan cek cura manfaat Penyakit Kritikal tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Dato’ Wan Munadi Wan Mamat, dalam satu majlis di SK AU Keramat.

