portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

GURU SAINS KOMPUTER ALAMI KECACATAN KEKAL AKIBAT STROK

Galeri

TUMPAT, 28 OKTOBER 2025 – Guru Sains Komputer di SMK Raja, Kota Jembal, Mohd Noor Hapizi Mohd Safi, 51, telah mengalami kecacatan kekal apabila tangan kirinya tidak lagi berfungsi akibat serangan strok yang dialaminya sejak Jun lalu.

Beliau yang telah menjadi Ahli Skim 16 selama tujuh tahun telah menerima manfaat Kecacatan Kekal/Hilang Upaya akibat penyakit berjumlah RM5,000. Sebelum ini, beliau juga pernah menjalani pembedahan tempurung kepala disebabkan darah beku.

Cikgu Noor Hapizi turut ditamatkan perkhidmatan atas faktor kesihatan selepas penilaian oleh Lembaga Perubatan (Medical Board) yang mengesahkan keadaan kesihatannya tidak membolehkan beliau meneruskan tugas.

Majlis penyerahan manfaat telah disempurnakan oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB), Drs. Haji Ahmad Yani Muhammad dan Amran Ghani di SMK Tumpat.