portal@ygmb.com.my ISNIN - JUMAAT 8:30 PAGI - 5:30 PETANG

Galeri

PERGI TANPA TANDA: GURU PENDIDIKAN ISLAM MENINGGAL SECARA MENGEJUT

Galeri

KOTA BHARU, 9 JANUARI 2026 – Seorang Guru Pendidikan Islam SK Malim, Bertam Malim, Melaka, Allahyarhamah Munirah Malek, 45, telah meninggal dunia secara mengejut di sebuah stesen bas di Melaka selepas pulang menyambut Hari Raya Aidiladha di kediaman keluarganya di Wakaf Bharu, Kelantan.

Allahyarhamah yang sebelum ini dilaporkan sihat dan tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan disahkan meninggal dunia akibat mati mengejut. Hasil bedah siasat turut mengesahkan bahawa arwah tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan serius.

Allahyarhamah yang merupakan Ahli Skim 16 telah menamakan ibunya, Saerah Jidin, sebagai waris bagi menerima manfaat Khairat Kematian berjumlah RM8,000.