GUA MUSANG, 13 JANUARI 2026 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) telah menyerahkan manfaat Khairat Kematian Ahli Skim Emas kepada Abdul Hafiz Jusoh, suami kepada Allahyarhamah Nor Hanizan Ismail, yang telah meninggal dunia pada Ogos tahun lalu akibat kanser paru-paru pada usia 43 tahun.
Allahyarhamah yang merupakan guru di SK Gua Musang telah menamakan suami dan seorang anaknya sebagai waris penerima manfaat Khairat Kematian tersebut yang berjumlah RM52,013.84.
Penyerahan cek cura manfaat telah disempurnakan oleh Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah PPD Gua Musang, Mohd Adnan Abdullah Sani dalam sebuah majlis yang berlangsung di SK Tengku Muhammad Fakhry Petra.

