Blogs

Menaik Taraf Sistem Keahlian YGMB dari 22 sehingga 31 Julai 2017

Bermula 22 Julai 2017 sehingga 30 Julai 2017, sistem keahlian YGMB akan dinaiktaraf kepada sistem baharu. Semasa tempoh naik taraf, sistem keahlian YGMB tidak dapat diakses. Sebarang permohonan keahlian dan tuntutan kebajikan ahli akan diproses semula bermula 1 Ogos 2017. Sebarang kesulitan amat dikesali. Terima Kasih.

English

PROGRAM BERSAMA GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) – Melonjak Transformasi Pendidikan Negeri Pahang Peringkat Daerah Lipis dan Cameron Highlands

KUALA LIPIS, 22 Februari 2016 – Program bersama Guru Muda 1Malaysia (GM1M) kali ini diteruskan ke Daerah Lipis dan Cameron Highlands apabila telah berjaya

dilaksanakan di Daerah Kuantan pada November tahun lalu. Program yang dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Mohd Dom, Pengerusi YGMB dan Pengarah Pendidikan Negeri Pahang itu telah dihadiri oleh kira-kira 500 orang guru muda sekitar Daerah Lipis dan Cameron Highlands dan telah diadakan di Dewan Utama Institut Pendidikan Guru (IPG) Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis.

Undefined

LAWATAN DAN SUMBANGAN KEPADA ADIK SITI NURAISYAH – Tanda Keprihatinan Berterusan YGMB

KLANG, 26 Januari 2016 – Keprihatinan pihak Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) juga tidak terhad kepada warga pendidik khususnya Ahli YGMB

bahkan turut terpanggil menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada pelajar yang memerlukan. Ini terbukti apabila adik Siti Nuraisyah, pelajar SMK Bagan Terap yang putus kaki akibat digilis lori tempoh hari mendapat perhatian YGMB.

Undefined

PROGRAM BERSAMA GURU MUDA 1MALAYSIA (GM1M) – Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak

KUCHING, 14 Januari 2016 – Program bersama Guru Muda 1Malaysia (GM1M) akan terus digerakkan ke seluruh negara bagi tujuan menyebarluaskan maklumat dan peranan

Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) khususnya kepada semua guru-guru muda. Program kerjasama ini juga merupakan satu platform untuk YGMB mendekati ahli-ahli dan guru-guru baharu agar mereka lebih jelas mengenai produk-produk yang ingin ditawarkan oleh YGMB.

Undefined

Majlis Pelancaran Guru Muda 1Malaysia (GM1M) Peringkat Negeri Pahang – GM1M – Pemangkin Transformasi Pendidikan Pahang

KUANTAN, 19 November 2015 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) terus menjalin kerjsama dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di setiap negeri. Pada kali ini YGMB dengan kerjasama PPD Daerah Kuantan telah melancarkan Program Guru Muda dengan tema “GM1M – Pemangkin Transformasi Pendidikan Pahang”.

Dalam majlis ini, YGMB telah menyumbang set lengkap kertas soalan peperiksaan sebenar bagi semua mata pelajar peperiksaan di sekolah rendah dan menengah bernilai RM50,000 kepada seramai 550 orang guru di daerah tersebut.

Undefined

Pages

Top