Skip to main content
x

Buku Rekod Bacaan Nilam

Program nilam telah dilaksanakan di sekolah-sekolah sejak tahun 1998 sebagaimana dalam surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 13/1998 bertarikh 22 Mei 1998. Program ini antara lain untuk memupuk minat membaca dalam kalangan murid-murid. Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) amat menyokong usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta turut komited dan berusaha menyumbang ke arah merealisasikan hasrat-hasrat yang tercatat dalam laporan awal PPPM 2013-2025.

 

Atas sokongan pelaksanaan program ini, YGMB turut giat menghasilkan produk-produk yang dapat menyemarakkan dan memangkinkan transformasi pendidikan yang bersesuaian dengan pelaksanaan PPPM ini. Selaras dengan usaha tersebut, YGMB telah menerbitkan tiga buah buku untuk Program Nilam seperti berikut.

 

BUKU REKOD BACAAN NILAM

 

Program Nilam

Buku Rekod Bacaan Sekolah Rendah

(Tahap Rakan Pembaca) Program Nilam

 

Buku rekod ini digunakan oleh murid tahap 1 untuk merekodkan bahan yang dibaca dengan lebih mudah, ringkas dan sistematik. Buku ini juga membantu pihak sekolah dan ibu bapa memantau aktiviti murid di sekolah dan luar sekolah. Penggunaan buku ini dapat menggalakkan sekolah menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat minat membaca di kalangan murid.

 

Program Nilam

Buku Rekod Bacaan Sekolah Rendah

(Tahap Jauhari) Program Nilam

 

Buku rekod ini digunakan oleh murid tahap 2. Buku ini dapat melatih murid mendokumentasikan bahan-bahan bacaan yang dibaca dengan teliti dan sistematik. Ia juga boleh digunakan sebagai kayu ukur untuk menanam minat membaca di kalangan murid di sekolah dan di luar waktu persekolahan. Akhirnya, buku ini dapat mewujudkan sistem merekod bahan bacaan dengan lebih berkualiti.

 

Program Nilam

Buku Rekod Bacaan Sekolah Menengah

(Tahap Jauhari) Program Nilam

 

Buku ini digunakan oleh pelajar sekolah menengah. Ia digunakan sebagai buku untuk merekodkan bahan bacaan yang telah dibaca oleh pelajar secara sistematik. Usaha ini dapat melahirkan generasi yang minat membaca dan berilmu. Pihak sekolah dapat menanam semangat membaca dalam kalangan pelajar dengan memberi sokongan dan galakkan melalui Program Nilam. Ibubapa dapat mengukur tahap pembacaan anak-anak mereka disamping memberi galakkan dan motivasi untuk meningkatkan lagi minat membaca anak mereka.

Bagi memastikan pengedaran dan penggunaannya dilaksanakan secara terancang dan menyeluruh, YGMB akan bekerjasama dengan Majlis Pengetua Sekolah Malaysia dan Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia serta Pegawai Perhubungan Negeri YGMB di setiap Jabatan Pendidikan Negeri. Hasil daripada jualan buku ini akan dimanfaatkan sepenuhnya bagi melaksanakan program-program kebajikan guru khususnya Ahli YGMB.

 

Sebarang pesanan boleh dibuat menerusi YGMB dengan menelefon talian 03-4105 8679 atau faks di talian 03-4105 8650.

Bilangan muka surat setiap judul: 112 muka surat

Harga setiap judul : RM3.90 Semenanjung/RM4.90 Sabah dan Sarawak