Blogs

Majlis Penyampaian Hadiah “Kerana Anda Begitu Istimewa 1TeachersCard” Kepada Pemenang

Kerjasama strategik antara Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) dengan rakan kongsi Bank Simpanan National melalui projek kad kredit (1TeachersCard) telah menampakkan pulangan yang baik. Projek ini telah dilancarkan pada 16 Mei 2013 di Karnival Hari Guru Peringkat Kebangsaan Di Seremban, Negeri Sembilan.

Bagi menggalakkan pemilikan Kad kredit (1TeachersCard), pihak YGMB dan Bank Simpanan Nasional telah melaksanakan pelbagai aktiviti termasuk kempen “Kerana Anda Begitu Istimewa” yang menawarkan hadiah berjumlah RM200,000.00 kesemuanya. Hadiah Utama berupa Sijil Simpanan Premium bernilai RM100,000.00. Hadiah lain yang ditawarkan adalah Sijil Simpanan Premium bernilai RM10,000.00 kepada 10 pemenang dan 20 buah telefon bimbit jenis Samsung.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pendidikan YAB Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Hj. Mohd Yassin. Turut hadir dalam majlis tersebut adalah YB Dato’ Seri Idris Jusuh, Menteri Pendidikan II, Timbalan-Timbalan Menteri Pendidikan I dan II, Tan Sri Abu Bakar Abdullah Pengerusi Bank Simpanan Nasional, Tan Sri Dr. KSU, Dato’ Seri Dr. KPPM, Ketua Setiausaha http://cialisfrance24.com II Kementerian Pendidikan, semua ketua jabatan di Kementerian Pendidikan. Senarai Pemenang seperti yang tertera di bawah;

English
  • Title: Majlis Penyampaian Hadiah “Kerana Anda Begitu Istimewa 1TeachersCard” Kepada Pemenang
  • Posted by:
  • Date: 4:04 PM
  • Tags:
Top