Blogs

Program Memperkasakan Transformasi Pendidikan Di Marang, Terengganu

Undefined

MARANG, 13 Oktober 2015 – Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyasarkan 50 peratus daripada lebih 400,000 guru di seluruh negara menyertai YGMB untuk tempoh lima tahun dalam usaha mengukuhkan gerakan bagi memayungi kebajikan seluruh ahli.

Tan Sri Alimuddin berkata, usaha itu lebih tertumpu kepada penyertaan guru-guru muda dan guru-guru baharu agar berpeluang menikmati Skim Keahlian dan Kebajikan Baharu YGMB yang menawarkan 16 produk dan insentif istimewa dengan hanya bayaran RM10 sebulan. Beliau turut berkata, YGMB juga sedang berusaha untuk menarik seberapa ramai Ahli Baharu dengan menjalin kerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu selari dengan Program Guru Muda 1Malaysia (GM1M).

Beliau menyatakan perkara itu selepas Program Memperkasakan Transformasi Pendidikan: Peranan GM1M dalam Melonjakkan Kecemerlangan Pendidikan Negeri Terengganu yang telah diadakan di Dewan Utama, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) Marang hari ini.

Kerjasama ini tidak terhenti di sini sahaja, malahan YGMB juga akan turut serta dalam beberapa Siri Jelajah GM1M ke lima buah daerah iaitu Kuala Terengganu, Dungun, Kemaman, Besut/Setiu dan Hulu Terengganu/Marang bermula pada 18 Oktober hingga 24 Oktober 2015 yang akan melibatkan kira-kira 5000 orang GM1M.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Tuan Haji Shafruddin Ali Hussin dan turut hadir adalah Timbalan Pengerusi YGMB, YBhg. Dato’ Haji Abdul Raof Hussin dan Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, YBhg. Dato’ Wan Munadi Wan Mamat.

  • Title: Program Memperkasakan Transformasi Pendidikan Di Marang, Terengganu
  • Posted by:
  • Date: 5:13 PM
  • Tags:
  • Comments

3 Comments

  1. Default User Picture
    Jeewani KumariOctober 13, 2015 17:13 PM

    Many desktop publishing packages and web page editors now use Lorem Ipsum as their default model text..

  2. Default User Picture
    adminOctober 13, 2015 17:13 PM

    Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

  3. Default User Picture
    adminOctober 13, 2015 17:13 PM

    Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Top