Blogs

YGMB Membantu Mangsa Banjir Negeri Terengganu

Undefined

Kemaman 9 Mac 2014. Keprihatinan Yayasan Guru Malaysia berhad (YGMB) dalam membantu mangsa banjir di seluruh negeri Terengganu terbukti apabila YGMB segera mengerakkan unit keahlian dan kebajikan untuk mengesan dan mengesahkan bilangan ahli yang terlibat dalam bencana tersebut.
Di negeri Terengganu sebanyak 90 ahli YGMB yang terlibat dengan bencana ini. YGMB segera memperuntukkan bantuan kewangan bernilai RM45,000.00 untuk mangsa banjir itu. Majlis penyerahan cek disempurnakan oleh isteri Menteri Besar Terengganu YBhg. Dato’ Seri Hjh. Puan Norliza Mahmud, di Dewan Sekolah SMK Sultan Ismail, Kemaman. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu dan pegawai-pegawai mereka. Pihak YGMB pula diketuai oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ketua Pegawai Eksekutif, Pengurus Bahagian Keahlian dan Kebajikan YGMB.

Beberapa ahli YGMB yang menerima sumbangan telah menyatakan rasa bersyukur dan terima kasih kepada YGMB kerana prihatin kepada mangsa banjir di Negeri Terengganu. Pengerusi YGMB, Tan Sri Dato’ Hj. Alimuddin Mohd Dom berkata agihan diberi berdasarkan tuntutan yang telah diterima daripada anggota yang terlibat. Sehubungan itu beliau meminta kepada anggota YGMB yang belum membuat tuntutan banjir agar berbuat demikian dengan kadar segera.

  • Title: YGMB Membantu Mangsa Banjir Negeri Terengganu
  • Posted by:
  • Date: 5:10 PM
  • Tags:
Top