Blogs

YGMB Menghulur Bantuan Kepada Keluarga Pelajar Yang Mati Lemas Di Sungai Buluh Kasap

Undefined

Kisah penyayat hati lapan orang pelajar dari SMK Buluh Kasap, Segamat yang telah mati lemas di sungai Muar pada 21 Febuari 2014 kira-kira jam 9.00 pagi. Kesah sedih ini terjadi kepada Mohd Hafzul Daniel Norhasim, 16; Mohd Zakri Zaidi, 14; Nazrul Aminuddin Zamri, 14; Mohd Zaki Zaid, 16; Mohd Izuan Hakimi Amin, 13; Mohd Shafiq Md Sukur, 16; Mohd Noreen Zainal,14; dan Mohd Hafizuddin Kamal, 16. Mereka daripada sekumpulan 12 orang pelajar bercadang hanya untuk bersiar-siar di tebing sungai tersebut. Tanpa disedari seorang daripada mereka tergelincir terus terjatuh ke dalam sungai, rakannya cuba menyelamatkannya malangnya dia sendiri telah lemas disungai tersebut mereka silih berganti terjun untuk memberi pertolongan kepada rakan mereka, sehingga kesemua kelapan-lapan pelajar tersebut lemas.

Pengerusi Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) menyatakan bahawa ini merupakan kisah sedih yang berlaku tanpa diduga. YGMB terharu dan sedih apabila mendapat berita tersebut. Apa yang YGMB boleh lakukan hanyalah memhulurkan sedikit bantuan kepada keluarga mangsa tersebut. Di samping dapat mengurangkan tekanan kepada keluarga mangsa, ianya juga dapat membantu meringankan bebanan keluarga mangsa.

YGMB mengucapkan takziah kepada keluarga yang anak mereka terlibat dalam kejadian ini. Kehilangan pelajar-pelajar ini memang sukar untuk diganti tetapi ibu bapa perlu reda kerana ini semua adalah ketentuan Allah yang maha berkuasa. Sebagai tanda simpati YGMB telah menghulurkan sedikit sumbangan kepada waris pelajar sebanyak RM500.00 seorang.

  • Title: YGMB Menghulur Bantuan Kepada Keluarga Pelajar Yang Mati Lemas Di Sungai Buluh Kasap
  • Posted by:
  • Date: 5:33 PM
  • Tags:
Top