Skip to main content
x

GURU-GURU BAHARU PATUT MENYERTAI YGMB

Guru SMK Sg. Isap, Kuantan, Irwan Saudi dan isterinya, Hamirah Abd. Hamid (guru SMK Sultan Abu Bakar, Kuantan) yang merupakan ahli YGMB kedua-duanya layak menerima hadiah kelahiran dan khairat kematian anak mereka yang meninggal pada November 2017.

“Baru setahun lebih saya menyertai YGMB tidak sangka dengan potongan bulanan yang kecil RM10 sahaja banyak juga faedah yang kami dapat. Di atas kematian anak kami baru-baru ini saya dan isteri masing-masing menerima dua sumbangan iaitu bagi kelahiran dan khairat kematian anak kami secara serentak sebanyak RM800 seorang.”

“Anak saya, Nur Aqilah Hanani meninggal ketika berusia 5 bulan dan patutnya Hari Raya ini kali kedua dia menyambut bersama kami. Tapi apa boleh buat Allah lebih sayangkannya dan sebagai ibu bapa kami redha dengan ketentuan ini.”

“Lagi sedihlah Hari Raya ini kerana saya kehilangan anak dan ibu tercinta selang setahun,’’ kata Irwan lagi mengenai anak ketiganya itu.

Di sini saya sarankan guru-guru baharu terutamanya jadilah ahli YGMB kerana rugi rasanya bila anda tidak menyertai yayasan ini. Sekurang-kurangnya faedah yang bakal dinikmati dapat membantu ringankan beban ketika memerlukan.