Skip to main content
x

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEMPEN KEAHLIAN BAHARU YGMB

PUTRAJAYA, 23 Julai 2017– Jamuan Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) di Marina, Putrajaya semalam berlangsung ceria. Dalam majlis itu, guru SJK (C) Chung Hwa ‘P’, Kuala Lumpur, Faridah Mohd Jamaludin (tiga dari kiri) turut memenangi hadiah utama berupa sebuah Motosikal Honda Beat F1.

 

Antara pemenang lain yang bertuah adalah Mohd Dzulhafidzan Mohd Ridzam dari SK Taman Tun Aminah, Skudai dan Nur Atiqah Mamat dari SK Bukit Minyak, Bukit Mertajam yang telah memenangi sebuah Tablet berjenama Samsung setiap seorang, ​Baskaran A/L Gurusamy​ dari SJK (T) Ladang Karmen, Bera dan Mohd Amin Nor Ali dari SMK Taman Tasik Kesuma, Semenyih yang telah memenangi sebuah komputer riba berjenama HP setiap seorang, Samsudin Mohd Aripin dari PPD Kota Tinggi dan Nurhidayah Aysikin Baharin​ dari SMK Bukit Berapit, Bukit Mertajam yang telah memenangi sebuah televisysen berjenama Panasonic 49’ setiap seorang, dan Nur​ul Syuhada Ab. Rahman dari SMK Guar Perahu Indah, Bukit Mertajam yang telah memenangi sebuah iPhone7.

 

Hadiah-hadiah tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi YGMB, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (empat dari kiri) dan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif YGMB, Datuk Wan Munadi Wan Mamat (lima dari kiri) serta Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB yang hadir.

 

Majlis turut meraikan bekas Timbalan Pengerusi YGMB, Datuk Hassan Hashim dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah YGMB, Datuk Abdullah Mad Yunus yang telah menamatkan perkhidmatan mereka tahun lalu.